Pengenalan
Setiap
bahasa di dunia ini mempunyai tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan maksud
peradaban. Bukan sahaja ejaan dan sebutan yang berbeza, makna dan konsep
peradaban turut berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya,
istilah kulture dalam bahasa Jerman membawa makna peradaban, manakala
istilah culture dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan
seperti ini menunjukkan bahawa setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri
terhadap istilah peradaban.
Terminologi peradaban atau kadangkala disebut
tamadun dibicara dan dikupas oleh para
sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun
begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana,
menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza.
Perkataan tamadun diambil daripada kata dasar bahasa Arab
Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu
lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu
perbandaran. Kamus al-Munjid menjelaskan istilah tamadun adalah terbitan
daripada lafaz tamaddana, iaitu fenomena daripada perubahan cara
kehidupan daripada corak liar atau nomad kepada kehidupan yang berbentuk maju.
Dari perspektif Islam, peradaban
dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun.
Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan
maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula
merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna
memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib
adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa
maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah;
madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah).
Dalam bahasa China, peradaban disebut
wen ming yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk
kepada peradaban. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan
atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan.
Istilah tersebut juga dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan,
pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka.
Daripada definisi ini dapat dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan
kepada unsur-unsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara
tradisional.
Dalam bahasa Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar
bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan.
Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan
yang menciptakan bandar.
Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar
pada peringkat awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab
iaitu “tamaddun” yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada
peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf ‘d’ yang kedua. Mengikut Kamus Dewan,
peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan
lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara,
kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang
halus).
Jelaslah tafsiran terhadap istilah peradaban dari sudut bahasa mempunyai
pelbagai maksud dan pengertian tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan
mencakupi aspek material dan spritual.
assalam, izinkan saya mengambil sedikit maklumat dari blog awak ni ya.
ReplyDeleterujukan mana
ReplyDeleteHi.
ReplyDeletereference?
ReplyDelete