Dari
pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetatpi
Nampak jelas kelihatan ianya menunjunkkan saling memperkuat dan memperkukuhkan
di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pergertian-pergertian yang
dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi
pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan
kemudahan yang sempurna.
Bagaimanapun
konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih
menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna
semata-mata (material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan
de4ngan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah
digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana
ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.
Bolehlah
diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua
aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.

No comments:
Post a Comment