Sunday, 6 May 2012

Isu-Isu Semasa Dunia Islam Dalam Perkembangan Semasa

1)Isu Keganasan
  • Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan keamanan dalam kehidupan.
  • Tujuan asas agar manusia kembali pada mentauhidkan Allah.
  • Ajaran Islam sering menawarkan keindahan akhlak
  • Bom di Bali memperlihatkan pembunuhan kejam untuk mendapai cita-cita golongan tertentu.
  • Lebih tidak adil apabila setiap keganasan yang berlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.
  • Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan tangannya.
  • Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan keselamatan (al-Maaidah: 16).
  • Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).
  • Islam menggalakkan toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan pendapat.
  • Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka ia bukan manusia sebenar.
  • Ramai yang mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi.
  • Apabila keadaan mendesak perasaan marah dan dendam dibiarkan.
  • Kesatuan dapat dicapai dengan belajar untuk bersatu.
  • Namun begitu tidak boleh menafi adanya perbezaan.
  • Oleh itu toleransi adalah jalan terbaik.
  • Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)
  • Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.
  • Allah tidak memaksa manusia sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak.
  • Umat Islam lebih banyak dipengaruhi oleh orang luar daripada Islam.
  • Kegiatan sosial diadakan tapi hanya sebagai alat untuk merosakkan iman.
  • Untuk menghindarkan umat Islam daripada pengaruh perlus kepada pemahaman agama secara luas dan benar.
  • Iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran umat manusia baik umat yang seagama mahupun bukan seagama.

 
2)Isu Barat
  • Perang Dunia Kedua menjadikan negaranegara Islam terpaksa menanggung beban.
  • Umat Islam seluruh dunia dinafikan hak mereka.
  •  Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq.
  • Hampir semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.
  • Kemerdekaan bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat.
  •  Kebebasan bersyarat yang mengorbankan diri umat Islam.
  • Jika Barat setuju maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.
  • Negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk.
  • Pelbagai cara dilakukan oleh Barat seperti menggunakan sistem politik dan ekonomi yang mereka ciptakan untuk negara Islam.
  • Di Iraq baru-baru ini sistem itu diketepikan kerana adanya agenda buruk yang tersirat.
  • Di Turki umat Islam menerima sekularisme demi merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat.
  • Kini Turki amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.
  • Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.
  • Namun kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t.
  • Kebijaksanaan dan pemikiran strategic pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan membangunkan negara.
  • Lebih penting hendaklah berwaspada Malaysia dijajah secara tidak langsung.
  • Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.
  • Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada.

3)Isu Perpaduan Dunia Islam
  • Negara-negara Islam kaya dengan sumber minyak dan gas.
  • Kekayaan ini tidak menggambarkankekuatan negara-negara Islam..
  • Secara umum mereka berada dalamkeadaan yang lemah.
  • Faktor yang menyebabkan kelemahan inidisebabkan cengkaman Barat.
  • Di samping itu kesatuan dan perpaduan umat Islam yang lemah.
  • Kepimpinan yang tidak sehaluan
  • Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
  • Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.
  • Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.
  • Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang
  • Dalam Islam tidak ada “kebebasan mutlak”.
  • Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.
  • Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihak bukan Islam.
  • Perjanjian Hudaibiyah membuktikan ada hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran.
  • Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.
  • Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam.
  • Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka.
  • Islam tidak membenarkan peperangan kecuali dengan perintah ketua negara.
  • Jika berlaku peperangan ada peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan.
  • Orang yang terkorban hendaklah dihormati.
  • Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.
  • Rumah ibadat tidak boleh diceroboh.
  • Ketika Nabi memasuki Kota Mekah jaminan keselamatan telah diberikan.
  • Jika pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif.
  • Negara tidak boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain.
  • Prinsip hidup bersama secara aman adalah suatu matlamat hidup bermasyarakat.
  • Kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.
  • Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas.
  • Sikap demikian berlaku disebabkan tidak memahami Islam dan kesan Perang Salib
  • Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia.
  • Undang-undang ialah sesuatu pencegahan yang bersifat luaran
  • Akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama Islam yang betul.

No comments:

Post a Comment