Sifat-Sifat
Tamadun Islam
Tamadun
Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian
atau dianggap unik berbanding tamadun-tamadun dunia lain. Sifat-sifat tamadun
Islam terbahagi kepada lima iaitu :
Pertama, sejagat.
Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak
terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang
kepada al-Din.
Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah
terbuka dan tidak bersifat tertutup.
Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan
dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi masih diletakkan di
atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan
perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua Tamadun yang tidak
bercanggah dengan syariat Islam.
Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang
zaman
Iaitu berkesinambungan dan mengalami proses
kesinambungan hingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu
pertama, Surah Al-‘Alaq dan tidak pernah berhenti sehingga hari kiamat.
Keempat, tamadun Islam juga bersifat toleransi
terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan lain. Tamadun Islam
pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali , tetapi tetap mempertahankan
toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam pentadbiran dan perkembangan
tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.
Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan
kepentingan kestabilan.
Kelima,
tamadun Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang
bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam,dan dalam pelbagai bidang
semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus kearah meng-Esakan Tuhan,
Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai
dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan
Tuhan Pencipta seluruh Alam.
Ciri-ciri
Tamadun Islam
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:
a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan
Ciri-ciri
utama tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam.
Di
antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna).
Islam
meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah),
akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia.
Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan,
sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai
hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah
terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah.
Ciri
utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan
semua orang setiap masa dan empat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan
terbuka.
Agama
Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam
merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat
pembinaan tmadun manusia,tetapi anjal dari sudut cara dan teknik
perlaksannanya.
Ciri
utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistic. Islam sentiasa menekankan
dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat
dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan
jaran Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment