Friday, 20 April 2012

Prinsip-Prinsip Dan Sumber-Sumber


PRINSIP-PRINSIP 

1. Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama, manusia bebas memilih agama masing-masing. Firman Allah SWT .surah Al Baqarah tiada paksaan dalam beragama´Menyerah diri kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan  larangan.
2. Memelihara nyawa atau jiwa Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain Larangan membunuh dan membunuh diri Firman Allah Surah Al Maidah 5:32. Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.
3. Memelihara akalMengharamkan minuman keras Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utkberhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatansyaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.
4. Memelihara maruah dan keturunanMensyariatkan perkahwinan«.PoligamiHaramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan Dan janganlah kamu membunuhanak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepadamereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yangbesar.( Surah al-Israa¶ 17:31 )
5. Memelihara hartaFirman Allah SWT Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baiksebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukankerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yangmelakukan kerosakan.( Al-Qasas 28:77) Untuk memelihara keselamatan harta bendayang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarangbentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagaipembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.( Surah al-Maa¶idah 5:38 )
6. Memelihara hak kebebasanHak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama


SUMBER-SUMBER 

1. AL-QURANMukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengankehendak Allah SWT
2. HADISMenjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah Dan larangan Allah SWT didalam Al-Quran
3. IJMAK, QIYAS, ISTIHSAN
4. AKAL FIKIRAN
5. PENEMUAN BARU


MATLAMAT TAMADUN ISLAM

1. Hubungan manusia dengan Allah SWTRukun Islam dan Rukun ImanIbadah umum dan ibadah khususMematuhi syariat yang telah ditetapkan
2. Hubungan manusia dengan manusiaSistem muamalah dan kemasyarakatan. Berdasarkan konsep manusia yang palingmulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya
3. Hubungan manusia dengan alam sekitar Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan dimuka bumi melalui sumber alam yang sedia ada.Tidak melakukan perkara yangmerosakkan alam sekitar 



PRINSIP ASAS TAMADUN ISLAM 
SOSIOEKONOMI
• Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik – berdasarkan pengertian ‘badarah’ yang bermaksud kehidupan manusia yang menetap
• Menurut Wan Abdul Rahman Latif :
Kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga membawa perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial, pengkhususan kerja dan sebagainya.

INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM
• Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman.
• Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolekti fkerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat.
• Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan alam membawa manusia memahami kejadian alam seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun. 

DAYA KREATIVITI MANUSIA
• Sebagai contoh, manusia melihat tindak-tanduk haiwan disekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan,mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik dan kreatif.
• Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian daripada maklumat yang diperolehPengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif

PERSAINGAN MANUSIA
• Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup.
• Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan dua batasan :
1) keupayaan diri yang dimiliki
2) sumber yang diperlukan
• Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing – membawa kepada perkembangan yang positif.

PEMINJAMAN KEPAKARAN
• Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama.
• Sebagai contoh peminjaman perkataan ‘tamadun’ daripada bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam bahasa dan pemikiran orang Melayu.
• Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, manusia secara semulajadi dilahirkan dengan sifat madani..Perkongsian idea dan kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa.Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada perbezaan yang sukar untuk disatukan.



SUMBER TAMADUN ISLAM
♥ AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
• Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf

♥ IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

♥ QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)


KANDUNGAN TAMADUN ISLAM
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:
a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

No comments:

Post a Comment