Semasa Zaman
Kegemilangan Islam (750 - 1250:
zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية),
para ahli falsafah
dan ahli sains,
serta jurutera-jurutera
dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi.
Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi
yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan
pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
Kerajaan Abbasiyah
Sistem pentadbiran :
i. Kerajaan ini mengamalkan
sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh
seorang khalifah
ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa
ke semasa
iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk
melicinkan lagu pentadbiran negara
Ekonomi :
i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ;
pertanian, perindustrian dan perdagangan.
ii. Banyak usaha-usaha untuk
memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan
rakyat
iii. Infrastruktur fizikal dan
intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat
perniagaan dan lain-lain.
Pertahanan:
i. Perubahan drastik dilakukan
dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan
ii. Dasar pertahanan diubah
daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti
membendung pemberontakan dari dalam
Faktor-faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah
a) Kestabilan politik
- Dengan memberi perhatian sirius
kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.
b) Dasar politik kerajaan
abbasiyah
- Memberi layanan yang adil
kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Menjalankan hubungan diplomatik
yang baik dengan negara luar.
c) Kedudukan baghdad yang
strategik
- Ia berada ditengah-tengah
laluan para pedagang timur dan barat.
- Ia menjadi pusat kegiatan
perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat.
d) Perpaduan antara kaum
- Memberi layanan yang adil
kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab.
- Mereka diberi hak yang sama
untuk menjawat jawatan dalam negara.
- Orang bukan islam juga diberi
layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas
mengamalkan ajaran agama masing-masing.
e) Penghayatan konsep kerja
sebagai ibadat
- Konsep ini mendorong para
sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam.
- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari
cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam
konsep muamalat.
Faktor-faktor keruntuhan Kerajaan Abbasiyah
a) Kelemahan pemerintah
- Pemerintah ketika itu
Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada
pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara.
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil
mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan
pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi.
- Usaha beliau tidak dapat
diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan
politik kerajaan abbasiyah.
b) Perpecahan wilayah di bawah
kekuasaan kerajaan abbasiyah
- Akhir kurun 9 masihi
menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas.
- Banyak jawatan-jawatan penting
disandang oleh bangsa turki dan parsi.
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk
kerajaan dan pengaruh sendir.
- Perpecahan ini mengakibatkan
keruntuhan kuasa abbasiyah.
c) Perebutan kuasa
- Putera-putera al-mutawakkil
berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah.
d) Kegawatan ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan
sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu
perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah.
- Para pedagang tidak lagi
berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin
merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.
e) Perselisihan aliran fahaman
keagamaan
- Pemberontak dari golongan syiah
dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah.
- Ini kerana mereka berpendapat
jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
- Keadaan ini mengganggu keamanan
Negara.
f) Serangan dari luar
- Kerajaan abbasiyah di akhir
zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat(
tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol ).
- Banyak kawasan-kawasan islam
diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini..
- Kawasan-kawasan kecil lain ada
yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah.
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat
memainkan peranan berikutan seran
gan-serangan tersebut dan ramainya
pejuang-pejuang islam yang terkorban.
How to find a game vendor at Harrah's Resort and Casino
ReplyDeleteHarrah's Resort 춘천 출장마사지 and Casino. 시흥 출장샵 Harrah's casino and 진주 출장샵 hotel. Find an event venue that will attract and retain guests from the 안산 출장샵 area. View 태백 출장샵 details