1)Isu Keganasan
- Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan keamanan dalam kehidupan.
- Tujuan asas agar manusia kembali pada mentauhidkan Allah.
- Ajaran Islam sering menawarkan keindahan akhlak
- Bom di Bali memperlihatkan pembunuhan kejam untuk mendapai cita-cita golongan tertentu.
- Lebih tidak adil apabila setiap keganasan yang berlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.
- Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan tangannya.
- Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan keselamatan (al-Maaidah: 16).
- Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).
- Islam menggalakkan toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan pendapat.
- Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka ia bukan manusia sebenar.
- Ramai yang mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi.
- Apabila keadaan mendesak perasaan marah dan dendam dibiarkan.
- Kesatuan dapat dicapai dengan belajar untuk bersatu.
- Namun begitu tidak boleh menafi adanya perbezaan.
- Oleh itu toleransi adalah jalan terbaik.
- Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)
- Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.
- Allah tidak memaksa manusia sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak.
- Umat Islam lebih banyak dipengaruhi oleh orang luar daripada Islam.
- Kegiatan sosial diadakan tapi hanya sebagai alat untuk merosakkan iman.
- Untuk menghindarkan umat Islam daripada pengaruh perlus kepada pemahaman agama secara luas dan benar.
- Iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran umat manusia baik umat yang seagama mahupun bukan seagama.
2)Isu Barat
- Perang Dunia Kedua menjadikan negaranegara Islam terpaksa menanggung beban.
- Umat Islam seluruh dunia dinafikan hak mereka.
- Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq.
- Hampir semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.
- Kemerdekaan bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat.
- Kebebasan bersyarat yang mengorbankan diri umat Islam.
- Jika Barat setuju maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.
- Negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk.
- Pelbagai cara dilakukan oleh Barat seperti menggunakan sistem politik dan ekonomi yang mereka ciptakan untuk negara Islam.
- Di Iraq baru-baru ini sistem itu diketepikan kerana adanya agenda buruk yang tersirat.
- Di Turki umat Islam menerima sekularisme demi merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat.
- Kini Turki amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.
- Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.
- Namun kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t.
- Kebijaksanaan dan pemikiran strategic pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan membangunkan negara.
- Lebih penting hendaklah berwaspada Malaysia dijajah secara tidak langsung.
- Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.
- Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada.
3)Isu Perpaduan Dunia Islam
- Negara-negara Islam kaya dengan sumber minyak dan gas.
- Kekayaan ini tidak menggambarkankekuatan negara-negara Islam..
- Secara umum mereka berada dalamkeadaan yang lemah.
- Faktor yang menyebabkan kelemahan inidisebabkan cengkaman Barat.
- Di samping itu kesatuan dan perpaduan umat Islam yang lemah.
- Kepimpinan yang tidak sehaluan
- Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
- Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.
- Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.
- Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang
- Dalam Islam tidak ada “kebebasan mutlak”.
- Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.
- Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihak bukan Islam.
- Perjanjian Hudaibiyah membuktikan ada hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran.
- Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.
- Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam.
- Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka.
- Islam tidak membenarkan peperangan kecuali dengan perintah ketua negara.
- Jika berlaku peperangan ada peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan.
- Orang yang terkorban hendaklah dihormati.
- Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.
- Rumah ibadat tidak boleh diceroboh.
- Ketika Nabi memasuki Kota Mekah jaminan keselamatan telah diberikan.
- Jika pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif.
- Negara tidak boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain.
- Prinsip hidup bersama secara aman adalah suatu matlamat hidup bermasyarakat.
- Kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.
- Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas.
- Sikap demikian berlaku disebabkan tidak memahami Islam dan kesan Perang Salib
- Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia.
- Undang-undang ialah sesuatu pencegahan yang bersifat luaran
- Akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama Islam yang betul.