Sunday, 6 May 2012

Isu-Isu Semasa Dunia Islam Dalam Perkembangan Semasa

1)Isu Keganasan
  • Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan keamanan dalam kehidupan.
  • Tujuan asas agar manusia kembali pada mentauhidkan Allah.
  • Ajaran Islam sering menawarkan keindahan akhlak
  • Bom di Bali memperlihatkan pembunuhan kejam untuk mendapai cita-cita golongan tertentu.
  • Lebih tidak adil apabila setiap keganasan yang berlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.
  • Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan tangannya.
  • Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan keselamatan (al-Maaidah: 16).
  • Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).
  • Islam menggalakkan toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan pendapat.
  • Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka ia bukan manusia sebenar.
  • Ramai yang mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi.
  • Apabila keadaan mendesak perasaan marah dan dendam dibiarkan.
  • Kesatuan dapat dicapai dengan belajar untuk bersatu.
  • Namun begitu tidak boleh menafi adanya perbezaan.
  • Oleh itu toleransi adalah jalan terbaik.
  • Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)
  • Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.
  • Allah tidak memaksa manusia sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak.
  • Umat Islam lebih banyak dipengaruhi oleh orang luar daripada Islam.
  • Kegiatan sosial diadakan tapi hanya sebagai alat untuk merosakkan iman.
  • Untuk menghindarkan umat Islam daripada pengaruh perlus kepada pemahaman agama secara luas dan benar.
  • Iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran umat manusia baik umat yang seagama mahupun bukan seagama.

 
2)Isu Barat
  • Perang Dunia Kedua menjadikan negaranegara Islam terpaksa menanggung beban.
  • Umat Islam seluruh dunia dinafikan hak mereka.
  •  Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq.
  • Hampir semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.
  • Kemerdekaan bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat.
  •  Kebebasan bersyarat yang mengorbankan diri umat Islam.
  • Jika Barat setuju maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.
  • Negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk.
  • Pelbagai cara dilakukan oleh Barat seperti menggunakan sistem politik dan ekonomi yang mereka ciptakan untuk negara Islam.
  • Di Iraq baru-baru ini sistem itu diketepikan kerana adanya agenda buruk yang tersirat.
  • Di Turki umat Islam menerima sekularisme demi merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat.
  • Kini Turki amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.
  • Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.
  • Namun kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t.
  • Kebijaksanaan dan pemikiran strategic pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan membangunkan negara.
  • Lebih penting hendaklah berwaspada Malaysia dijajah secara tidak langsung.
  • Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.
  • Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada.

3)Isu Perpaduan Dunia Islam
  • Negara-negara Islam kaya dengan sumber minyak dan gas.
  • Kekayaan ini tidak menggambarkankekuatan negara-negara Islam..
  • Secara umum mereka berada dalamkeadaan yang lemah.
  • Faktor yang menyebabkan kelemahan inidisebabkan cengkaman Barat.
  • Di samping itu kesatuan dan perpaduan umat Islam yang lemah.
  • Kepimpinan yang tidak sehaluan
  • Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
  • Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.
  • Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.
  • Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang
  • Dalam Islam tidak ada “kebebasan mutlak”.
  • Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.
  • Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihak bukan Islam.
  • Perjanjian Hudaibiyah membuktikan ada hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran.
  • Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.
  • Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam.
  • Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka.
  • Islam tidak membenarkan peperangan kecuali dengan perintah ketua negara.
  • Jika berlaku peperangan ada peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan.
  • Orang yang terkorban hendaklah dihormati.
  • Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.
  • Rumah ibadat tidak boleh diceroboh.
  • Ketika Nabi memasuki Kota Mekah jaminan keselamatan telah diberikan.
  • Jika pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif.
  • Negara tidak boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain.
  • Prinsip hidup bersama secara aman adalah suatu matlamat hidup bermasyarakat.
  • Kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.
  • Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas.
  • Sikap demikian berlaku disebabkan tidak memahami Islam dan kesan Perang Salib
  • Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia.
  • Undang-undang ialah sesuatu pencegahan yang bersifat luaran
  • Akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama Islam yang betul.

Saturday, 21 April 2012

Kesimpulan



Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetatpi Nampak jelas kelihatan ianya menunjunkkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pergertian-pergertian yang dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata (material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan de4ngan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.
Bolehlah diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.


KEGEMILANGAN DAN KERUNTUHAN TAMANDUN ISLAM


Semasa Zaman Kegemilangan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.

Kerajaan Abbasiyah

Sistem pentadbiran :
i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah
ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa
iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara

Ekonomi :
i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.
ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat
iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dan lain-lain.

Pertahanan:
i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan
ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam


Faktor-faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah

a) Kestabilan politik
- Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.
b) Dasar politik kerajaan abbasiyah
- Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

c) Kedudukan baghdad yang strategik
- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat.
- Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

d) Perpaduan antara kaum
- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan arab.
- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara.
- Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

e) Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam.
- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat.


Faktor-faktor keruntuhan Kerajaan Abbasiyah


a) Kelemahan pemerintah
- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara.
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi.
- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah.

b) Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah
- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas.
- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi.
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir.
- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah.

c) Perebutan kuasa
- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah.

d) Kegawatan ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah.
- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.

e) Perselisihan aliran fahaman keagamaan
- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah.
- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
- Keadaan ini mengganggu keamanan Negara.

f) Serangan dari luar
- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol ).
- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini..
- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah.
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan seran
gan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM



BIDANG MATEMATIK

ABU BAKAR HUSSEIN AL-KARKHI

Menulis dalam bidang algebra, aritmetik dan geometri.

AL-KHAWARIZMI
Bapa Algebra, merupakan seorang ahli matematik dan astronomi.
Banyak karya beliau yang terkenal di Barat, antaranya :
i) Mufatih al-Ulum

ii) Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind

iii) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

AL-BATTANI
Ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang pertama.

Berjaya menghitung waktu yang digunakan bumi untuk mengelilingi matahari.

BIDANG ASTRONOMI
Banyak karya-karya para ilmuwan Islam tentang ilmu astronomi telah diterjemahkan oleh beberapa individu

kepada bahasa lain seperti:


i) karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi

( diterjemah kepada bahasa Latin oleh of Bath dan John of Siville).
 
ii) karya al-Battani ( diterjemahkan kepada bahasa Latin oleh Alfonso X).
Ibn al-Zarqiyali telah berjaya menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.


BIDANG BOTANI
 
Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.
Ibn al-Baytaryang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
- Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah



BIDANG FALSAFAH & PEMIKIRAN
Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan akal.
Ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Rusyd,Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih, dan Ibnu Sina.

Al-Farabi
Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism).



Al-Kindi
Tujuh perkara penting yang dibincangkan:-
a) Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam.
b) Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi.
c) Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan.
d) Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas.
e) Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi.
f) Manusia bersifat dualism,kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
g) Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu
tentang alam semesta.



BIDANG PERUBATAN
♂ Tamadun Islam telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang farmasi. Ia telah memperkenalkan kaedah-kaedah rebusan, pendebuaan, basuhan, campuran, larutan salap, penyulingan, kalsinasi, pensublimatan untuk menyediakan ubat-ubatan.

♂ Tokoh Islam yang penting dalam bidang ini ialah :-
a) Ibnu Sina
Merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang.
Menghasilkan karya Al –Qanun fi al – Tibb.
Menemui gejala penyakit diabetes.

b) Al-Zahrawi
Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan.
Menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga.
Orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia dan menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.


Friday, 20 April 2012

Sifat-Sifat Dan Ciri-Ciri Tamadun Islam


Sifat-Sifat Tamadun Islam
Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau dianggap unik berbanding tamadun-tamadun dunia lain. Sifat-sifat tamadun Islam terbahagi kepada lima iaitu :
            Pertama, sejagat.
Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.
 
            Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup.
Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua Tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman
Iaitu berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan hingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-‘Alaq dan tidak pernah berhenti sehingga hari kiamat.
 
Keempat, tamadun Islam juga bersifat toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali , tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka. Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan. 

Kelima, tamadun Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam,dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus kearah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta seluruh Alam.


Ciri-ciri Tamadun Islam
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:

a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan

Ciri-ciri utama tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam.
Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna). 

Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia. 
Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah.
 
Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan empat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka.
 Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tmadun manusia,tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksannanya. 

Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistic. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan jaran Allah S.W.T.